
Dalam kenyataan, KPT memaklumkan berdasarkan rekod semasa, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah 1,872 orang berada di Jordan, 37 di Syria, lapan di Iran, manakala tiada pelajar negara ini dilaporkan di Lubnan dan Iraq.
“Kementerian mengambil maklum situasi terkini di Timur Tengah yang melibatkan Iran dan Israel serta secara tidak langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.
“KPT memantau menerusi pejabat Education Malaysia di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin,” katanya menurut Bernama.
Kenyataan sama turut menasihati pelajar Malaysia di negara terlibat agar terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai pertanyaan boleh terus menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran melalui talian (+9821) 88072444 (+9821) 88078606 atau e-mel [email protected] dan [email protected].
Bagi Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, boleh menghubungi talian (+962) 6590 2400 (+962) 78590 2400 atau e-mel [email protected] dan [email protected].