
Mereka melalui kenyataan bersama beri jaminan asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
“Kami juga mempunyai sistem yang berkesan untuk memastikan penjelasan serta penyelesaian perdagangan yang berterusan dan berkesan. Selain itu, kami mempunyai kawalan yang diperlukan bagi menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti.
“Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti untuk memastikan integriti pasaran modal kami kekal utuh,” kata mereka.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau dengan teliti perkembangan geopolitik global dan pasaran kewangan.
Selain itu, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan kewangan yang berterusan termasuk fungsi pasaran yang teratur serta kewujudan potensi kejatuhan ekonomi.
Media melaporkan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel.