PISMP diperluas kepada lepasan STPM, STAM, matrikulasi

PISMP diperluas kepada lepasan STPM, STAM, matrikulasi

Kementerian Pendidikan berkata, calon terpilih akan dilatih di institut pendidikan guru dalam pelbagai bidang pengkhususan selama empat tahun.

Kementerian Pendidikan berkata, inisiatif itu membuktikan komitmennya menangani isu kekurangan guru dan memastikan kualiti calon guru terbaik dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaannya bagi mengikuti latihan praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai tahun ini.

KPM memaklumkan ia diperluaskan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi supaya lebih ramai calon berminat menjadi guru boleh memohon ke program PISMP.

Selain itu, ia juga dapat memastikan calon terbaik dipilih bagi mengikuti program itu.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru, selain memastikan kualiti calon guru terbaik dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.

Katanya, calon terpilih akan dilatih di institut pendidikan guru dalam pelbagai bidang pengkhususan selama empat tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.