
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, tiga lelaki tempatan itu adalah saksi yang merupakan rakan kepada pengarah syarikat kayu balak mendakwa bagasi terbabit miliknya.
“Mereka akan hadir dan direkod keterangan di IPD Petaling Jaya untuk bantu siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Sebelum ini, Hussein mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak memberi keterangan pada 30 Mac lalu, selepas mendakwa bagasi mengandungi wang tunai itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu bagi tujuan pelaburan.
Tetapi, individu itu tidak membawa sebarang rekod dan bukti wang terbabit milik syarikatnya semasa memberi keterangan.