
Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Mazuan Mat Zin, 44, bersama pasangannya, Kisnawita Saad, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal mereka terbabas akibat hilang kawalan.
Ketua Polis Lipis, Ismail Man berkata, mangsa yang menunggang Honda RS-X dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Buloh selepas selesai cuti Aidilfitri.
“Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok pembahagi jalan.
“Mangsa dan pembonceng tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.