
Gandingan ranking ke-19 dunia itu ternyata tampil luar biasa apabila mengejutkan ranking nombor dua dunia dengan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.
Menanti mereka di pusingan kedua, ranking ke-11 dunia, He Jiting-Ren Xiangyu, dari China.
Dua pasangan beregu lelaki negara iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.
Wei Chong-Kai Wun menewaskan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China dengan 21-15 dan 21-12, dan akan bertemu wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan; sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi dari India dengan 21-15 dan 21-14 akan bertemu wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.