Sedikit jerebu di Cheras, Klang dan Banting pada 1 Syawal

Sedikit jerebu di Cheras, Klang dan Banting pada 1 Syawal

Tiga kawasan di Lembah Klang itu mencatatkan IPU tidak sihat.

Banting dan Klang di Selangor mencatatkan IPU tidak sihat 158 serta 153, manakala Cheras di Kuala Lumpur ialah 155.
PETALING JAYA:
Keadaan tiga kawasan di Lembah Klang sedikit berjerebu pada hari pertama Aidilfitri.

Banting dan Klang di Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat 158 serta 153, manakala Cheras di Kuala Lumpur ialah 155 setakat 11 pagi ini.

Hanya tiga kawasan terbabit mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, manakala 48 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan 17 daerah mencatatkan IPU baik.

IPU 0-50 dikategorikan sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.