
Katanya, Pulau Gaya mempunyai kualiti dijadikan destinasi pelancongan tetapi dengan kawasan setinggan yang wujud di pulau berkenaan telah membantutkan rancangan itu.
“Idea itu sudah agak lama dan kini kerajaan negeri sedang merancang untuk menempatkan mereka (setinggan) untuk mendapat rumah yang akan dibina oleh kerajaan nanti di tanah besar Sabah.
“Pulau Gaya mempunyai sejarah istimewa kepada kita dan ia hanya terletak lima minit dari bandar raya ini menggunakan bot…kita perlu manfaatkan peluang ini,” katanya pada Program Kembara Kasih Ramadan di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya.
Beliau berkata, Pejabat Parlimen Putatan di bawah Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya turut merancang membina sebuah klinik kesihatan di pulau berkenaan.
“Apa yang penting adalah rakyat di sini perlu terus mengekalkan perpaduan, keselamatan dan kebersihan,” katanya.