
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata reman terhadap Shalom Avitan, 38, disambung selepas tempoh remannya berakhir hari ini.
“Permohonan sambung reman terhadap Shalom dibuat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan secara terperinci.
“Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, polis masih meneliti motif dan tujuan utama Shalom memiliki senjata api terbabit.
Katanya, seorang daripada suspek berperanan sebagai pemandu kepada Shalom yang ditahan di Cameron Highlands pada 29 Mac, sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Secara keseluruhan, jumlah individu yang ditahan pada masa ini adalah seramai 15 orang termasuk dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia,” katanya.