Penipuan akademik perlu didedahkan, kata kumpulan

Penipuan akademik perlu didedahkan, kata kumpulan

Gerak kurangnya pemikiran kritikal, ketegasan intelek, dan kejujuran akademik terus membelenggu pendidikan tinggi negara.

Gerak berkata perlu ada usaha bersama oleh semua pihak untuk menegakkan semangat kecemerlangan akademik. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Gerakan Akademik Malaysia (Gerak) menyeru supaya penipuan akademik didedahkan yang didakwa berlaku kesan krisis asas dalam bidang pengajian di negara.

Gerak berkata, harus ada usaha bersama oleh pensyarah, ketua-ketua jabatan, dekan, pengurusan universiti tertinggi, dan kerajaan untuk menegakkan semangat kecemerlangan akademik.

“Cendekiawan dan ahli politik harus secara sistematik menolak penipuan akademik, dan secara konsisten mendedahkan kepada awam kesalahan tersebut setiap kali ia dikesan,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Gerak mendakwa seorang sejarawan dari Melaka telah “mendedahkan, sekali lagi, kesilapan kandungan dalam pembentangan seorang profesor emeritus di sebuah universiti awam”.

“Kritikannya tertumpu pada kesalahan fakta, ketiadaan rujukan untuk menyokong fakta, dan secara keseluruhan kurangnya ketelitian mengenai bagaimana penemuan penyelidikan tersebut dibentangkan,” katanya.

“Gerak menegaskan bahawa ini adalah hasil daripada krisis asas dalaman akademik negara. Kurangnya pemikiran kritis, ketelitian analitikal, dan kejujuran akademik terus terdedah dalam pendidikan tinggi Malaysia.”

Katanya, ahli akademik sendiri diharapkan menyokong dakwaan akademik mereka dengan bukti empirik. Jika ini tidak berlaku, ahli akademik yang lain diharapkan mendedahkan kedua-dua penerbitan dan mereka yang bertanggungjawab.

Gerak berkata pensyarah universiti awam “bangga dengan banyak penerbitan”. Bagaimanapun, sejumlah penerbitan dan aktiviti “ilmiah” ini semakin terdedah dengan kandungan penipuan, tiada kesinambungan analisis, mediokriti, dan tiada relevan.

“Apabila ia menyentuh kepada penyelesaian bahagian etno-keagamaan yang sedang memecahbelahkan negara ketika ini, adakah penerbitan ‘ilmiah’ ini membuat perbezaan?

“Menerbitkan penyelidikan yang salah dan penyelewengan fakta mesti secara lantang dan jelas didedahkan sebagai satu bentuk penipuan akademik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.