
Dalam kejadian pada sekitar 12 tengah hari, turut cedera dua kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan yang berada dalam kenderaan sama dinaiki pasangan itu cedera, susulan pertembungan dengan MPV.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keseluruhan terdapat 10 mangsa terlibat nahas, dengan dua mangsa meninggal dunia, manakala lapan lain cedera.
Katanya, nahas membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Persona dan MPV Toyota Innova yang masing-masing dinaiki lima mangsa.
“Nahas ini mengakibatkan keseluruhan 10 orang mangsa di mana tiada mangsa tersepit. Dua mangsa suami isteri meninggal dunia, manakala lapan yang lain cedera.
“Setibanya di lokasi mangsa-mangsa sudah pun dikeluarkan dan anggota (bomba) membantu pihak perubatan menguruskan mangsa-mangsa itu,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 12.23 tengah hari dengan 13 anggota dari Balai Bomba Gerik digerakkan ke lokasi kejadian.