Salah faham jurus dakwaan pengasingan kaunter bayaran, menurut laporan

Salah faham jurus dakwaan pengasingan kaunter bayaran, menurut laporan

Dilaporkan pembantu kedai berkata pelanggan yang tidak puas hati diminta bayar di kaunter lain kerana kaunter sedia ada dalam proses semakan jualan harian.

Klip video berlegar di media sosial dikatakan berlaku selepas salah faham antara pembantu kedai dan seorang pelanggan, menurut laporan.
PETALING JAYA:
Salah faham antara juruwang dan pelanggan tidak puas hati menjurus kepada dakwaan kedai serbaneka, FamilyMart, di stesen petrol Caltex dikatakan membuat pengasingan kaunter bayaran bagi Muslim dan bukan Muslim.

Menurut Sin Chew Daily memetik pembantu kedai sebagai berkata, pelanggan berkenaan diberitahu untuk membayar di kaunter lain memandangkan sedang melakukan semakan jualan harian.

Sejak semalam, tular klip video mendakwa kedai di Bukit Mertajam itu melakukan pengasingan kaunter bayaran, dengan warganet membidas tindakan pengasingan dikatakan itu yang dianggap menambah jurang antara kaum.

Pembantu kedai berkata, insiden tersebut berlaku minggu lalu disusuli penularan video. Difahamkan pengurusan FamilyMart sedia maklum berkait video terbabit.

Menurut Sin Chew, tiga kaunter beroperasi di FamilyMart itu dan tiada “label kaum” dipamerkan.

Juga dilaporkan video tular mendapat perhatian dua pelanggan Cina yang masuk ke kedai terbabit untuk menyiasat lanjut. Kedua-duanya mendapati tiada pengasingan berdasarkan kaum melibatkan kaunter seperti didakwa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.