
Setiausaha Agung PBS Julita Majungki berkata, susulan itu, Timbalan Presiden Joachim Gunasalam akan meneraju parti sebagai pemangku presiden.
“Dengan Joachim yang merupakan timbalan presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam parti itu menjadi pemangku presiden, Ketua Penerangan Joniston Bangkuai akan melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai pemangku timbalan presiden,” katanya dalam kenyataan.
Julita berkata, langkah itu menunjukkan komitmen parti untuk memastikan kesinambungan dan penyesuaian dalam struktur kepimpinannya, yang menjaga kepentingan parti dan ahlinya.
Pada Jun 2022, Ongkili telah menetapkan tempoh masa untuk mengenal pasti penggantinya sebagai presiden parti. Beliau berkata, peralihan kepimpinan boleh berlaku sebelum atau semasa kongres parti itu akan datang.
PBS, yang mempunyai tujuh Adun, merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah yang membentuk kerajaan negeri, dengan Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sabah.