Aidilfitri: Bekalan bahan mentah, makanan mencukupi, kata Mat Sabu

Aidilfitri: Bekalan bahan mentah, makanan mencukupi, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan memantau situasi bekalan sempena Aidilfitri.

Jualan Semarak Syawal Agro Madani memberi peluang kepada orang ramai membeli mentah murah di antara 10% hingga 30%. (Gambar FAMA)
PETALING JAYA:
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melakukan persiapan awal untuk memastikan bekalan makanan dan bahan mentah mencukupi sempena Aidilfitri, minggu depan.

Sehubungan itu, Menterinya Mohamad Sabu menasihatkan orang ramai tidak perlu risau dan pihaknya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan sentiasa memantau keadaan.

“Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.

“Kita yakin pengguna tidak akan hadapi masalah mendapatkan barang keperluan Hari Raya kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah KPKM,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata Fama juga akan memastikan bekalan di Jualan Semarak Syawal Agro Madani di 113 lokasi yang menawarkan potongan harga antara 10% hingga 30%.

“Ayam RM15 sekilo dijual RM10, telur dan sebagainya rendah. Beras tempatan 10 kilogram pada harga RM26.

“Program ini berterusan mengikut suasana dan keadaan.

‘Sebab arahan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya Fama dan Lembaga Pertubuhan Peladang memainkan peranan terus (pastikan bekalan makanan), ketika ada perayaan atau tidak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.