Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz, kata PM

Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz, kata PM

Anwar Ibrahim yakin kunjungan menteri luar negeri Republik Kyrgyz semalam buka ruang kolaborasi dan mencetus kerjasama substantif antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap hubungan Malaysia dan Republik Kyrgyz lebih akrab pada masa hadapan.

Beliau berkata, banyak peluang terbuka untuk diteroka dalam hubungan antara Malaysia dengan negara itu terutama dalam memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala.

Anwar memaklumkan menerima kunjungan Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam.

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara,” katanya di Facebook.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap jemputan Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara berkenaan pada Mei.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.