

Menterinya Zambry Abd Kadir berkata komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
“Lebih utama rang undang-undang yang diluluskan hari ini akan dapat membentuk daya kepimpinan mahasiswa di setiap universiti.
“Pembentukan kepimpinan inilah antara matlamat kita di bawah Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Pendidikan Tinggi bersama keluarga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pindaan terhadap AUKU 1971 yang diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UTeM Profesor Massila Kamalrudin serta hampir 2,000 orang termasuk pelajar, pengurusan dan ahli akademi universiti berkenaan.
Pindaan itu antaranya membabitkan Seksyen 16B dan Seksyen 15A iaitu pengendalian kes tatatertib di universiti serta tindakan memungut dan menerima wang sumbangan oleh Majlis Perwakilan Pelajar.