Pupuk kebersamaan, timbalan menteri agama lancar #KitaKawan

Pupuk kebersamaan, timbalan menteri agama lancar #KitaKawan

Puluhan NGO setuju anjur dialog berkala bagi membincangkan isu melibatkan keharmonian dan memupuk advokasi.

Zulkifli Hasan dan wakil NGO mewakili pelbagai kumpulan selepas pelancaran kempen #KitaKawan bagi memupuk semangat kebersamaan, perpaduan, dan keharmonian menerusi dialog dan advokasi.
PUTRAJAYA:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan melancarkan #KitaKawan bagi memupuk semangat kebersamaan, perpaduan, dan keharmonian menerusi dialog dan advokasi.

Pelancaran itu seusai penganjuran dialog melibatkan puluhan wakil NGO di Kompleks Islam, Putrajaya, petang tadi.

“Dialog hari ini kita dengar pandangan bagaimana untuk perkukuhkan perpaduan. Kita dengar pelbgai perspektif, dimensi yang boleh dibawa ke pihak atasan. Letak ketepi perbezaan kita mahu keharmonian,” katanya kepada pemberita selepas dialog tersebut.

Dialog hari ini melibatkan 40 wakil daripada gabungan yang merangkumi sekitar 300 badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs, dan Friendship Group of Inter-Religious Services.

Antara persetujuan yang dicapai melalui dialog tersebut katanya adalah sesi berkala bagi membincangkan isu melibatkan keharmonian.

“Kita setuju teruskan dialog yang memupuk perpaduan dan juga adakan pertemuan berkala bincang isu semasa dan bagaimana tangani.

“Kita akan bawa perkara ini kepada pihak Kementerian Perpaduan, dan agama (pejabat menteri di JPM), agar membawa naratif bersama supaya inisiatif ini bersifat kolektif dan bersama,” katanya.

Antara peranan yang akan diambil sesi dialog berkenaan adalah memupuk advokasi dalam isu-isu yang berlaku, seperti itu stokin tertera kalimah Allah dan serangan terhadap beberapa premis KK Mart.

“Biarkan pihak berkuasa jalankan (siasatan) tetapi kami jalankan advokasi aspek kesedaran, kefahaman, dan kerjasama dalam bawa naratif perpaduan.

“Kita bersetuju sampaikan mesej keharmonian antara agama, itu penting,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.