
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.
Menurut KKR, pengurangan sementara had laju selama seminggu itu antara langkah diambil kerajaan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya berdasarkan data sejarah kemalangan jalan raya pada musim perayaan.
Kenyataan itu menyebut KKR pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Aidilfitri.
Pihak konsesi jalan persekutuan juga diberitahu untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal mulai 5 hingga 14 April, kecuali kerja-kerja menampal lubang serta kerja pembinaan di luar rizab jalan.
“Bagi lebuh raya pula, syarikat konsesi tidak dibenarkan melaksanakan sebarang penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula 1 hingga 17 April 2024,” kata KKR.