Lebih banyak kerjasama TVET dengan China, kata Zahid

Lebih banyak kerjasama TVET dengan China, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata China juga menawarkan kesediaan menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan bidang itu.

Zahid Hamidi semasa pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao, semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao semalam.

“China juga telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Zahid berkata pertemuan itu turut membincangkan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Asyraf Wajdi Dusuki.

Liu diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan para pegawai kedutaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.