Lebih 200,000 pencarum cukup simpanan asas KWSP menjelang 55 tahun

Lebih 200,000 pencarum cukup simpanan asas KWSP menjelang 55 tahun

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata simpanan asas merujuk sekurang-kurangnya mempunyai RM240,000 dalam Akaun 1.

Amir Hamzah Azizan berkata, 41% daripada 551,000 pencarum berusia 50 hingga 54 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan asas mencukupi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 227,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang 55 tahun, setakat Februari lalu.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, berkata bilangan itu yang berumur antara 50 hingga 54 tahun mewakili 41% daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP iaitu seramai 551,000 pencarum.

Selain itu, beliau memaklumkan seramai 604,000 ahli membuat caruman secara sukarela untuk menambah tabungan mereka, dengan jumlah caruman kira-kira RM8.42 bilion tahun lalu.

“Ahli juga boleh memilih dan bekerjasama dengan majikan untuk menambah caruman kerana ini menjadi satu daya tarikan syarikat dengan menolong pekerja untuk menambah caruman,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda berkenaan jumlah pencarum KWSP berusia melebihi 50 tahun pada tahun ini yang mempunyai simpanan mencukupi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.