
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata susulan itu pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) serta kementerian lain.
“Sebab itu kita kerjasama dengan kementerian terlibat termasuk industri untuk memastikan bekalan mencukupi.
“Ini supaya peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan tidak dapat mempengaruhi dari aspek kestabilan harga,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pusat panggilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dalam pada itu, Armizan berkata rakyat mempunyai hak sebagai pengguna dalam memilih harga barangan dengan kualiti terbaik.
Katanya, ini kerana pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan memandangkan bukan hanya kawalan daripada kerajaan tetapi juga jumlah bekalan.
“Paling penting juga ada orang fikir tak setuju dengan saya tetapi ia berbalik dengan peranan pengguna iaitu kuasa pengguna memainkan peranan dalam aspek harga.
“Ada lapan hak pengguna diiktiraf global, kita ada pilihan,” katanya.
Sementara itu, Armizan berkata setakat 24 Feb lalu sebanyak 1.5 juta syarikat berdaftar dengan SSM dan daripada jumlah tersebut 670,656 aktif.
“Semua syarikat diseru bersiap siap sedia mematuhi peruntukan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 ini yang dikuatkuasakan pada 1 April,” katanya.