
Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) memberitahu Dewan Rakyat, beliau dan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) telah memfailkan usul masing-masing pada Jumaat lalu.
“Tanjong Karang telah mengemukakan usul terhadap Tasek Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12),” katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan bahawa beliau telah menerima usul daripada kedua-dua Ahli Parlimen tersebut Jumaat lepas.
Johari berkata, beliau sedang meneliti dakwaan Wan Saiful itu dan dalam usaha mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Saya telah membaca ‘word by word’, daripada hansard oleh Tasek Gelugor, dan saya telah menulis kepada beliau untuk mendapatkan fakta-fakta yang telah pun beliau sebut itu,” katanya.
“Selepas itu, saya akan panggil Gua Musang dan Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya. Jika didapati Tanjung Karang dan Gua Musang bersalah … dua-dua akan dihadapkan ke jawatankuasa.”
Sementara itu, Johari mengingatkan semua Ahli Parlimen agar tidak menggunakan masa di Dewan Rakyat untuk bermain politik.
“Dewan yang mulia ini hendaklah kita gunakan untuk dibincang, bahas berunding isu negara dan rakyat,” katanya.
Minggu lepas, Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Azizi, bersama tiga individu lain membuat kacau dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan beliau terhadap kerajaan.