2 beranak maut, 5 parah dalam kemalangan

2 beranak maut, 5 parah dalam kemalangan

Kejadian berlaku selepas kenderaan dinaiki mereka sekeluarga terlibat dalam nahas dengan sebuah pikap di Keningau, tengah malam tadi.

Beberapa anggota bomba memberi bantuan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Apin-Apin, Keningau. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua beranak maut manakala lima lagi dilaporkan parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan anaknya, Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Mereka yang parah ialah isteri Masino iaitu Chelrina Philip, 33, dan empat lagi anak mereka, Mattheo Charbel, 2, Mica Chelsino, 7, Charlene Myra, 9, dan Camellia Mae, 11.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 12.22 tengah malam.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Nissan Navara. Terdapat tujuh mangsa dalam Toyota Avanza.

“Seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Selain itu katanya, tiga mangsa yang menaiki Nissan Navara turut dilaporkan cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.