
“Kita perlu mengikut tempoh untuk melaksanakan subsidi yang disasarkan. Jika saya mempunyai lebih masa, saya akan melanjutkan (tarikh akhir),” katanya pada “town hall” membincangkan kadar pendaftaran Padu yang rendah.
“Bagaimanapun, sebarang pelanjutan sekarang akan melambatkan lagi tempoh yang kami tetapkan.”
Beliau juga menjangkakan 10 juta akan mendaftar Padu pada tarikh akhir 31 Mac, selepas kerajaan sebelum ini berkata ia menyasarkan 29 juta orang untuk mendaftar.
Ini bersamaan 50% daripada populasi dewasa atau mereka berumur 18 tahun ke atas, yang layak mendaftar, katanya sambil menambah 7.07 juta mendaftar setakat ini.
Rafizi berkata, kerajaan menanggung kira-kira RM2 bilion subsidi diesel setiap bulan.
Beliau menjawab soalan salah seorang hadirin sama ada kerajaan akan melanjutkan tarikh akhir pendaftaran.
Semalam, seorang exco kerajaan Perak berharap tarikh akhir pendaftaran Padu dilanjutkan bagi memastikan semua 1.8 juta penduduk di negeri itu mendaftar.
Dalam laporan Bernama, Azlan Helmi, yang memegang portfolio komunikasi, multimedia dan NGO, berkata hampir 50% penduduk di Perak belum mendaftar Padu, kebanyakannya berada di luar bandar.
Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi kerajaan yang disasarkan dan bantuan kepada mereka yang layak.