Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sungai Buloh semalam.

Menurut polis punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
KUALA LUMPUR:
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.26 pagi.

“Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.