
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata ini kerana dalam lawatan beliau ke kampus universiti tertentu serta politeknik mendapati ia perlu dibaik pulih dan diselenggara sebaik mungkin.
“Saya tak ada jumlah sebab ia masih dalam proses perincian tetapi kawasan yang saya lawati saya dapati ada.
“Tadi sebagai contoh, saya pergi ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (di Arau), saya lihat perlu sedikit sebanyak baik pulih kerana ia sudah berusia lebih 20 tahun, umpamanya cat dan beberapa benda kita akan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita pada Majlis Semarak Ramadan KPT@UniMAP.
Bersempena majlis berkenaan itu, Zambry meluncurkan secara rasmi inisiatif Kad MySiswa yang dulunya dikenali sebagai Kad Prihatin Siswa.