Akmal mahu keahlian pemimpin Pemuda Umno terkait jenayah seksual digantung

Akmal mahu keahlian pemimpin Pemuda Umno terkait jenayah seksual digantung

Ketua Pemuda Umno itu berkata beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat pengurusan parti akan datang.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Umno tidak berkompromi dengan mana-mana tindakan jenayah membabitkan pemimpinnya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mahu seorang pemimpin Pemuda bahagian yang berdepan tuduhan membabitkan jenayah seksual digantung keahlian serta merta sehingga kes tersebut selesai.

Akmal berkata Pemuda Umno akan membawa usul itu dalam mesyuarat pengurusan parti akan datang kerana tidak mahu berkompromi dengan mana-mana tindakan jenayah.

“Saya dah bawa perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan kita dah setuju untuk tindakan disiplin dan akan dibawa dalam mesyuarat pengurusan. Jadi ini bergantung kepada keputusan mesyuarat pengurusan.

“Kita minta tindakan yang keras, mungkin kita gantung dulu sementara tunggu pembelaan dan pendakwaan. Kita tak kompromi isu jenayah,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Umno Malaysia di WTC.

Baru-baru ini, seorang pemimpin Pemuda Umno bahagian di Johor dilaporkan disiasat polis atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Pemimpin itu juga dilapor bakal didakwa di mahkamah.

Media melaporkan sekurang-kurangnya enam remaja lelaki dikatakan menjadi mangsa dalam kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.