
Majistret Siti Hajar Ali mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal untuk memindahkan kes dihadapi Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, lapor Bernama.
Pada prosiding hari ini, Muhammad Fakrul Aiman, yang juga bekas penuntut kolej diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin.
Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan pelayan restoran itu ditikam, dikelar perut dan dibakar oleh teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.
Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah.