Ambil bahagian bahas pinda Perlembagaan babit warganegara kanak-kanak, Ahli Parlimen diberitahu

Ambil bahagian bahas pinda Perlembagaan babit warganegara kanak-kanak, Ahli Parlimen diberitahu

Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan wakil rakyat.

Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memerlukan pandangan pelbagai pihak untuk membuat keputusan terbaik. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Semua Ahli Parlimen digesa untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang warganegara membabitkan kanak-kanak terbiar.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu sangat penting supaya kerajaan dapat membuat keputusan terbaik dalam isu warganegara.

Menurutnya, pada masa sama kerajaan juga telah menjalankan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen bagi mendapatkan formula terbaik dalam menyelesaikan isu itu.

“Sekarang libat urus. Dua hari lepas dengan Perikatan Nasional (PN). Petang nanti dengan Barisan Nasional (BN).

“Sama-sama kita ambil tanggungjawab hak anak-anak mesti dijamin dan dijaga,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) apakah kerajaan mempunyai kaedah lain selain meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kanak-kanak terbiar terutama di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat kewarganegaraan.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dijangkan dibentangkan di pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang dijangka berakhir 27 Mac depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.