
Timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup itu berkata, keseluruhan makanan dan minuman berkenaan bernilai RM116,000, yang dilaksana di bawah program MYSaveFood.
Katanya, kempen itu digerakkan pihak kementerian dengan kerjasama rakan strategik Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema).
“Pada tahun lalu sahaja, kita telah melaksanakan MySaveFood di 55 bazar Ramadan dan telah berjaya menyelamatkan 25 tan makanan daripada terbuang dengan nilai RM281,000,” katanya menurut Sinar Harian selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Rahmah di Sabak Bernam.
Fuziah memberitahu, sebanyak 35 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di bawah kementeriannya digerakkan di seluruh negara bagi menjayakan program berkenaan.
Beliau berkata, GPS merupakan kelab pengguna di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Katanya, makanan dan minuman yang tidak habis dijual diagihkan percuma kepada golongan sasar seperti pelajar universiti, asnaf, gelandangan, rumah kebajikan, dan rumah ibadah.
“Antara SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan ialah setiap makanan yang didermakan itu masih elok dan boleh dimakan,” katanya.