
Menteri Hannah Yeoh berkata pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Keselamatan Siber Malaysia sebaik kejadian berlaku.
“KBS telah mengambil tindakan segera dan buat masa ini keadaan terkawal melalui beberapa intervensi teknikal.
“Fail yang digodam hanya beberapa fail pentadbiran sahaja…tidak melibatkan parti-parti lain ataupun informasi peribadi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi 2024 di Majlis Sukan Negara.
Sebelum ini tular hantaran di platform Telegram oleh kumpulan dikenali sebagai R00TK1T yang mendakwa berjaya menggodam data aplikasi Cloud KBS.