Warga asing lemas di Tasik Kota Kemuning

Warga asing lemas di Tasik Kota Kemuning

Polis berkata, mereka menemui beberapa botol arak di tempat kejadian.

Polis berkata, mereka menerima laporan awal pagi ini seorang lelaki jatuh ke tasik itu di Seksyen 31. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang warga asing ditemui lemas di Tasik Kota Kemuning, Shah Alam awal pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung seorang lelaki terjatuh ke tasik di Seksyen 31 itu pada 12.25 tengah malam tadi.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dari Balai Bomba Seksyen 15.

“Mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 8.20 pagi dalam jarak 5m dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tiada dokumen pengenalan diri dan suntikan BCG di bahu kirinya.

“Mangsa dipercayai di bawah pengaruh alkohol kerana beberapa botol arak dijumpai di tempat kejadian,” katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.