Budak darjah 6 hilang, polis rakam keterangan 5 individu

Budak darjah 6 hilang, polis rakam keterangan 5 individu

Polis berkata semua dipanggil adalah ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar.

Ibu kepada Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar percaya anak perempuannya keluar rumah di Pudu selepas selisih faham.
KUALA LUMPUR:
Lima individu telah dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata semua dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.

“Kanak-kanak itu belum lagi ditemukan dan pencarian sedang diteruskan,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, ibu kepada Siti Dhia Batrisyia percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu, disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.