
Ketua Pegawai Eksekutif Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata CAAM menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.
“Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.
“Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” katanya.
Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA pada 5.07 petang.
Setakat 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.