8 kes Tibi dikesan di flat di Johor tahun lalu

8 kes Tibi dikesan di flat di Johor tahun lalu

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut mengulas laporan media yang melaporkan lebih 10,000 penduduk di flat itu yang terdedah dengan jangkitan.

Jabatan Kesihatan Johor menasihatkan pesakit Tibi mematuhi arahan rawatan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian bateria rintang-ubat. (Freepik pic)
PETALING JAYA:
Jabatan Kesihatan Johor berkata sebanyak lapan kes penyakit Tuberkulosis (Tibi) dengan satu kematian dilaporkan di Flat Tasek 64 di Bandar Seri Alam, Masai pada tahun lalu.

Mengulas laporan Sinar Harian bahawa lebih 10,000 penduduk di 22 blok Flat Tasek 64 mungkin terdedah dengan jangkitan bateria Tibi, Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut berkata lapan kes itu tidak berkait antara satu sama lain.

Katanya, seorang pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kerana lewat mendapat rawatan.

Sinar Harian melaporkan bahawa Flat Tasek 64 dikenalpasti antara lokasi panas jangkitan Tibi yang juga dikenali sebagai batuk kering.

“Jabatan kesihatan mengingatkan orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan,” kata Mohtar dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa pesakit mematuhi arahan rawatan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian rintang-ubat bateria Tibi, yang boleh memanjangkan tempoh rawatan dan penularan penyakit itu.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Johor komited dalam menangani penularan penyakit berjangkit dan memastikan rawatan yang optima kepada pesakit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.