
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Chee Kooi Heng, 63, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.
Pekebun itu dituduh dengan niat membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di ladang kelapa sawit di Mukim Pengkalan Baharu, Perak antara 3 petang hingga 3.30 petang, 5 Mac lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam CC Keong.
Mahkamah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes.
Media melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh di kawasan kelapa sawit dan kejadian dipercayai berpunca daripada perebutan harta menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua mangsa dan tertuduh.