
Katanya, sebaliknya pemegang kad UNHCR yang ditahan akan dibebaskan.
“Tiada tahanan pemegang kad UNHCR yang dihantar ke mana-mana negara. Pemegang kad UNHCR akan dibebaskan kepada pihak UNHCR atas dasar kemanusiaan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta KDN menyatakan maklumat mengenai individu dari Myanmar yang telah dihantar pulang ke Myanmar mengikut pecahan umur, jantina, dan status UNHCR dan langkah yang diambil kerajaan memastikan keselamatan dan nyawa mereka tidak diancam junta Myanmar.
Saifuddin juga berkata, pengurusan pelarian dalam negara adalah berdasarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka di Malaysia dan diselia MKN selaku pemegang dasar.
Ia berikutan Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967.