
Mangsa Raimon Wadang, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu, lapor Harian Metro.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.46 malam.
Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Tamparuli, kira-kira 40km dari balai.
“Laporan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler terbabas sendiri lalu merempuh tebing bukit.
“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya, lapor Harian Metro.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada 9.20 malam.