Padu berdepan 28 serangan siber selepas 2 hari dilancarkan, kata Rafizi

Padu berdepan 28 serangan siber selepas 2 hari dilancarkan, kata Rafizi

Menteri ekonomi berkata Padu juga berjaya menahan 32.86 juta serangan membabitkan sistem pencegahan pencerobohan (IPS).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberi jaminan Padu selamat daripada serangan dari luar negara kerana menggunakan sistem geofencing.
KUALA LUMPUR:
Pangkalan Data Pusat (Padu) berdepan dengan 28 serangan siber dalam bentuk Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS) serangan siber pada hari pertama dan kedua ia dilancarkan pada 2 Jan lalu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

“Bagaimanapun, tiada lagi serangan seperti itu (DDOS) dari 4 Jan hingga hari ini,” katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat.

Rafizi berkata Padu juga berjaya menahan 32.86 juta serangan membabitkan sistem pencegahan pencerobohan (IPS).

Beliau juga memberi jaminan sistem pangkalan data itu selamat daripada serangan dari luar negara kerana Padu menggunakan sistem geofencing (teknologi pengesanan berasaskan GPS).

Katanya, dengan sistem geofencing hanya capaian dalam Malaysia sahaja boleh mengemas kini Padu.

“Jika kita tidak melaksanakan geofencing, kita terdedah dengan serangan dari seluruh dunia,” katanya.

Pada bulan lalu, Rafizi menegur forum dalam talian Lowyat.net kerana “menyebarkan maklumat salah” apabila mendakwa Padu digodam.

Lowyat.net melaporkan bahawa Padu’serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, digodam kumpulan dikenali sebagai R00TK1T.

Faorum itu mendakwa penggodam mendakwa mencuri data daripada ‘Padu’. Ia turut mendakwa kumpulan berkenaan menceroboh infrastruktur keselamatan LPPKN dan mencuri data bernilai lebih 27GB daripada pelayannya.

Lowyat.net kemudian menjelaskan bahawa Padu yang dikatakan digodam R00TK1T merujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan LPPKN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.