Dr M masih dirawat di IJN, harap segera sembuh

Dr M masih dirawat di IJN, harap segera sembuh

Bekas perdana menteri itu juga turut menyatakan rasa syukur kerana dapat menyambut dan melakukan ibadah di bulan Ramadan.

Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan isterinya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur akibat daripada jangkitan yang dialaminya pada Januari lalu.

“Kesihatan saya semakin pulih berkat doa dan usaha gigih doktor serta jururawat di IJN.

“Saya berharap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula dan dibenarkan pulang ke rumah,” kata Mahathir, 98, di media sosial X.

Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Alhamdulillah, dapat kita bertemu dan diberi peluang untuk melakukan ibadah serta amalan di bulan yang amat istimewa untuk umat Islam ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.