
Bekas menteri undang-undang itu berkata Sultan Ibrahim raja berfikiran moden dan progresif yang boleh membantu negara menjadi “seperti Dubai atau Singapura”.
“Jangan sia-siakan peluang. Jangan takut-takut,” katanya di platform media sosial, X.
“Transformasi sebegini bukan sahaja menguntungkan ekonomi malah mengubah perwatakan rakyat. Rakyat akan jadi insan yang berfikir dan tidak buta-buta mengikut penceramah.”
Mengambil contoh industri pelancongan, Zaid berkata keseronokan sebab kenapa Phuket destinasi pilihan pelancong berbanding Langkawi, walaupun ia pulau tercantik.
Tambahnya, segelintir pihak yang menyamakan keseronokan dengan kegiatan tidak bermoral menimbulkan isu tentang konsert, seni persembahan, pertunjukan fesyen, dan pertandingan kecantikan, walaupun ia berpotensi membawa keuntungan ekonomi.
Zaid meminta pembacanya perhatikan usaha Arab Saudi membangunkan perniagaan berkaitan pelancongan dan sukan, kerana menyedari pengeluaran minyaknya tidak akan kekal selama-lamanya.
“Mereka bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Putera Mahkota Mohammed Salman,” katanya.