
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM788.13 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.
Ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan di SK Merlimau Dua, Azman berkata, ibu bapa murid Tahun Satu tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi mendapatkan BAP.
“Hal ini kerana data anak-anak mereka telah ada di sekolah,” katanya.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), peruntukan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP akan memberikan manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.
Dalam pada itu, Azman berkata, kantin sekolah termasuk di sekolah menengah kebangsaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi menyantuni murid dan pelajar yang bukan beragama Islam.