Ramadan: Penjawat awam Pahang kerja hingga tengah hari setiap Jumaat

Ramadan: Penjawat awam Pahang kerja hingga tengah hari setiap Jumaat

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata penetapan waktu bekerja itu selaras titah Sultan Pahang.

Penetapan itu turut melibatkan semua jabatan negeri, pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun Pahang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan hingga 12.30 tengah hari.

Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penetapan waktu bekerja itu selaras titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, penetapan itu turut melibatkan semua jabatan negeri, pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

“Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy berkata, pihaknya akan terus beriltizam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri demi kemakmuran bersama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.