Pasar Raya Mydin Manjoi terbakar

Pasar Raya Mydin Manjoi terbakar

Bomba berkata setakat ini tiada mangsa dilapor terlibat.

Bomba Perak berkata, pihaknya mendapat panggilan terdapat asap di bilik suis sebelum kebakaran di tingkat atas pasar raya itu. (Gambar JBPM)
IPOH:
Pasar raya besar Mydin di Manjoi terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata bomba menerima panggilan pada 7.09 malam dan sepasukan bomba dari Balai Bomba Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.