
Ketua Polis Johor M Kumar berkata semua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun itu ditahan menerusi ‘Op Vulture’ melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah pada Selasa dan Rabu lepas.
“Kita juga merampas lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad ATM, dua komputer riba, 40 salinan kad pengenalan pelanggan, sembilan salinan perjanjian pinjaman, satu fail mengandungi senarai nombor peminjam, satu unit pencetak dan enam buku rekod pinjaman.
“Dua papan kekunci berserta tetikus, satu unit pemprosesan pusat, satu skrin komputer, modem, tiga beg sandang pelbagai jenama, 14 pasport dan wang berjumlah RM48,366 serta sembilan keping cek turut dirampas,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.