KKM sokong usaha Pengasih rawat penagih

KKM sokong usaha Pengasih rawat penagih

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menekankan kepentingan pendekatan didorong komuniti untuk rawatan dan pencegahan holistik.

Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan komited menyokong organisasi seperti Persatuan Pengasih dalam usaha membantu penagih dadah.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) komited membantu mereka yang terjebak penggunaan dan ketagihan dadah, kata Menteri Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, kementeriannya menyokong usaha Persatuan Pengasih dalam membantu masalah ketagihan serta pendekatan “biopsychosocial spiritual” dilaksanakan mereka.

Persatuan Pengasih ialah sebuah pusat pemulihan diasaskan dan dikendalikan bekas penagih.

“Pendekatan ini merupakan salah satu pendekatan di peringkat komuniti yang boleh membantu usaha KKM dalam memperkukuhkan program-program promosi, pencegahan dan rawatan ketagihan seperti ini dalam melahirkan masyarakat Madani mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Dzulkefly mengadakan pertemuan dengan Presiden Pengasih Hafizi Harun pada Khamis untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti semasanya.

Dilaporkan, bilangan penagih dadah meningkat 27% dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu kepada 118,820 daripada 93,534 dalam tempoh sama pada 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.