6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

Penempatan itu bagi mengatasi masalah kekurangan guru, kata Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.

Penempatan guru baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata ketua pengarah pendidikan.
KUCHING:
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.

Beliau berkata penempatan itu bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak.

“Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre.

Azman mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.

Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.