
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera, yang mengetuai panel tiga hakim turut dianggotai Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah berkata, M Mugilan, 30, juga menggunakan senjata untuk menimbulkan ketakutan sebelum mendatangkan kecederaan badan kepada mangsanya.
“(Mangsa) bersendirian di kaunter penerimaan tetamu dan kejadian itu berlaku pada awal pagi,” katanya ketika menolak rayuan Mugilan terhadap hukuman itu, sambil menambah keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini tidak secara nyata keterlaluan.
Vazeer berkata, lima sebatan rotan yang dijatuhkan juga perlu dilaksanakan.
Mugilan didakwa melakukan serangan seksual terhadap wanita berusia 22 tahun itu di sebuah hotel bajet di Kluang, Johor, pada 6.45 pagi, 2 Jun 2017. Dia telah dipenjarakan sejak ditahan sehari selepas kejadian.
Mugilan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dengan memasukkan jarinya secara paksa ke dalam alat sulit mangsa.
Ketika membentangkan fakta kes, Timbalan Pendakwa Raya P Sarulatha berkata, mangsa dijadualkan bertugas antara 11 malam pada 1 Jun 2017 hingga 7 pagi keesokan harinya.
Selepas mangsa membuka pintu dengan alat kawalan jauh untuk membenarkan Mugilan masuk, dia mengacukan pisau pemotong daging dan memegang mangsa dari belakang.
“(Mugilan) mengheret mangsa, yang tidak melawan kerana dalam keadaan terkejut, ke tandas. Dengan pisau itu, dia menyebabkan kecederaan pada tangan kanan, leher dan pipi mangsa.
“Dia memaksa mangsa membuka pakaian sebelum meneruskan serangan seksual terhadapnya,” katanya.
Sarulatha berhujah agar hukuman itu dikekalkan atas kepentingan awam.
Ketika mitigasi, peguam A Srimurugan berkata, Mugilan berusia 23 tahun ketika kejadian dan berada bawah pengaruh dadah.
Tempoh penjara yang berpanjangan akan memudaratkan pesalah, hujahnya.