Mitra laksana kaji selidik kenal pasti cabaran masyarakat India

Mitra laksana kaji selidik kenal pasti cabaran masyarakat India

Kaji selidik itu akan menjadi platform merancang hala tuju program pembangunan sosioekonomi dan membantu pengurusan proses peruntukan dana yang cekap selaras isu utama dikenal pasti.

Kementerian Perpaduan Negara mengalu-alukan penyertaan masyarakat India untuk memberi maklum balas bagi membentuk masa depan pembangunan komuniti yang mampan.
PUTRAJAYA:
Satu kaji selidik untuk memahami cabaran dihadapi masyarakat India di Malaysia terhadap akses pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan dan program kebajikan sosial akan dijalankan bermula esok hingga 18 Mac ini, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

KPN berkata, kaji selidik dijalankan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan menjadi platform bagi merancang hala tuju program pembangunan sosioekonomi dan membantu pengurusan proses peruntukan dana yang cekap selaras dengan isu utama dikenal pasti.

“KPN mengalu-alukan penyertaan masyarakat India Malaysia untuk memberi maklum balas bagi membentuk masa depan pembangunan komuniti yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kaji selidik itu boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi KPN atau hubungi pejabat Mitra di talian 03 88866221.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.