
Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah dipetik Sinar Harian berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi seorang lelaki dan wanita cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 8.58 malam.
Katanya, seorang mangsa berusia 29 tahun yang cedera di bahagian kepala diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.
Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 9.40 malam tadi.
Dua rakaman video kejadian itu selama enam dan 15 saat tular di aplikasi WhatsApp.